Tuesday 4 June 2013

JAMBORI SABAH

emputan menyertai Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah / Jambori Sabah Kedua 2013

Adalah dengan sukacitanya, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah ingin menjemput Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri-Negeri dan Daerah-Daerah untuk menghadiri Jambori yang kali ke-2 diadakan di Negeri Di Bawah Bayu ini.

Bersempena dengan sambutan Ulangtahun ke-100 Kepengakapan di Negeri Sabah, kami dengan amat berbesar hati akan menyambut kedatangan kontinjen ke Jambori ini dan memeriahkan lagi program yang penuh gilang gemilang ini.

Untuk makluman bakal peserta jambori tersebut akan dilaksanakan seperti berikut:

Nama program : Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah / Jambori Sabah Kedua
Tarikh : 12 - 17 Ogos 2013
Tempat : Scouts Nature Park, Sandakan. Sabah
Bayaran Penyertaan : Pemimpin / Kelana RM80.00 seorang. Pengakap RM60.00 seorang. Antarabangsa USD120.00 seorang

Disertakan juga pautan untuk muat turun surat permohonan kelepasan bagi tujuan rujukan dan perhatian bakal peserta.

Sambutlah salam perkenalan daripada kami dan semoga dengan kehadiran pihak anda akan memeriahkan lagi sambutan Jambori di Negeri Dibawah Bayu Ini.

Terima kasih

It is with pleasure that Scouts Association of Malaysia Sabah Branch would like to invite the States and Districts Scouts Association to attend our 2nd Jamboree that to be held in the Land Below the Wind.

In conjunction with the celebration of the 100th Anniversary Scouting in Sabah, we are very pleased to be celebrating the arrival of contingents to this Jamboree and enliven the full program's progress and achievements.

For the information of participants Jamboree will be implemented as follows:

Program name : Sabah 100th Years International Scout Jamboree / 2nd Sabah Jamboree
Date : 12th - 17th August 2013
Venue : Scouts Nature Park, Sandakan. Sabah
Entrance fee : Leaders / Rovers RM80.00 per person. Scouts RM60.00 per person. International USD120.00 per person

Also included a download link for the official release letter for a reference.

Our greetings and best wishes with your presence will enliven the celebration in the Jamboree.

Thank you
 



No comments:

Post a Comment