Ucapan Pengerusi

UCAPAN PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH
 




Encik  Juraimin Hj.Jadil

ASSALAMUALAIKUM WBT ..DAN SALAM PENGAKAP

    Selamat datang ke laman web Persekutuan Pengakap Daerah Lahad Datu.
Kejayaan mewujudkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatanPersekutuan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif Persekutuan ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT.Sejajar dengan Seruan Kerajaan bagi meningkatkan Pengetahuandalam bidang teknologi, Persekutuan Pengakap adalah komiteddan akan terus berusaha dengan gigih lagi pro-aktif terhadappeningkatan dan penyampain ilmu yang lebih berkesan.

      Persekutuan Pengakap di daerah ini akan menjadi landasan awal 
generasi muda belajar tentang kepimpinan,penyatuan norma hidup yang positif, ketekunan, taat setia pada pemimpin, jatidiri, menghormati orang tua, sabar, tekun, berketrampilan,berilmu,berbudi yang semuanya tercakup dalam Undang-Undang Pengakap.

Saya yakin dan menaruh kepercayaan bahawa Persekutuan Pengakap di 
Daerah ini adalah di antara Persatuan yang akan berjaya mencapai Visi dan Misi serta menjadi contoh kepada pertubuhan yang lain. Dengan kewujudan Laman ini diharapkan ianya akan menjadi pendorong kepada semua ahli Pengakap khususnya pemimpin untuk sama-sama mencanang ilmu dan menjadi seorang pemimpin yang boleh memimpin dan membentuk generasi muda yang mapan di era globalisasi.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP"


Saya Yang Menurut Perintah


( ENCIK JURAIMIN HJ.JADIL )

No comments:

Post a Comment